smbil kita countdown Maulidur Rasul ni, sy akan post entry
bkaitan dgan Rasulullah yang kita cintai ni..
sape syg Rasulullah, angkat tangan! opps, sy tak nmpak la
awk angkat tgan..
skrg cuba ungkapkan "saya sayang Rasulullah!" and
then selawatlah ke atas Rasulullah..tanda kita syg kat Nabi s.a.w..
ok start entry
rasulullah gelisah apabila awan mendung
Daripada Atha b. Abu Rabah, katanya, dia mndengar isteri
Rasulullah s.a.w, Saidatina Aisyah bercerita. "Apabila angin btiup kencang
dan lngit mndung berawan bnyak, tmpak kgelisahan pd wajah Rasulullah hgga
bginda maju mundur (bjalan mundar-mandir).
"Apabila hujan, wajah baginda berubah mnjadi gembira
dan hilang kgelisahannya"
Berkata Aisyah, "Aku btanya kpd Rasulullah, apa yg
mybbkan baginda gelisah sbegitu rupa."
Jawab Baginda, "Aku khuatir kalau-kalau angin dan
mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kpd umatku. Tetapi apabila hujan,
maka hal itu adlh rahmat"
Allah menyuruh hambaNya agar sntiasa mlakukan apa yg disuruh
dan mninggalkan apa yg dilarangNya.
Maka selaku manusia yg dtugaskan mnjadi khalifah Allah,
wajib ke atas diri kita mnjalankan perintah Allah itu tanpa rasa malas, angkuh
dan sombong.
Dengan kata lain, kita dilarang mnderhakai Allah
dengan mlakukan kmaksiatan di bumi ini
Sesungguhnya apabila kmurkaan
Allah mnjelma, akibatnya amat dahsyat sekali. Hal ini seperti yg blaku pd kaum
'Add. Mereka hanyut dgn 1001 kmaksiatan hgga pd suatu ketika dtg kpd mrk awan
mendung dan mreka bkata "Inilah awan-awan yg akan mnurunkan hujan bg
kita..."
Namun ternyata bahawa hal yg sbaliknya berlaku. Kebaikan yg
disangka sebnarnya suatu malapetaka yg dturunkan Allah akibat kjahatan yg mreka
lakukan.
Mengingatkan hal ini, Rasulullah s.a.w. resah
gelisah setiap kali awan mendung berarak, mmikirkan adakah ia suatu rahmat atau
laknat drpd Allah....
>>tgok!
betapa sygnya Rasulullah kat umatnya..Tapi kita? Huh! Kalau dulu, bila ssuatu
kaum ingkar thadp perintah Allah, skjap je Allah trunkan bala..Tp umat Nabi
Muhammad ni..tidakkah kita berasa bruntung? Kalau korang ad ingat satu kisah
ni..Yang Rasulullah kena herdik, kena caci dan macam2 lg yg teruk..Kmudian
malaikat Jibril nk tlong Nabi bg pgajaran kat mrk2 ni..Tp Nabi tak nak..Nabi
syg kat umat-umatnya..Nabi bsabda, biarkan mereka krn ssungguhnya mreka tidak
tahu..ntah keberapa kali sy nak bgtahu RASULULLAH SAYANG SANGAT KAT UMATNYE!! so smpai hati tak korang ingkar perintah ALLAH?! smpai hati tak korang nk
endahkan pesanan Nabi?!! smpai hati tak korang nk biarkan begitu shj wasiat
Nabi s.a.w?! btw, sy nk pesan..14 feb dh dkat, sy hrap sgat korang tak smbut n
tak buat pkara yg tak bmoral..hormatlah sket..esokny ulangtahun klahiran
Rasulullah..baik bg hadiahkn bnyakkn bselawat..dpat pahala..
smpai hati korang sama2lah
kita tunjukkan rasa cinta kita kat Rasulullah
“ENGKAU SAKIT YA RASULULLAH”
Para sahabat duduk berbaris dalam saf-saf yang teratur.
Mereka duduk iktiqaf dengan tenang menunggu kedatangan Rasulullah s.a.w yang
akan mengimami jemaah.
Tidak lama sahabat menunggu, Rasulullah s.a.w muncul di masjid. Kedatangan baginda
menimbulkan suasana yang tenang dan khusyuk. Begitulah sentiasa. Bilal berjumpa
dengan baginda, sekeras mana pun hati manusia, akan segera lembut terutamanya
apabila memandang wajah baginda yang bercahaya dan selalu tersenyum.
Saidina Bilal berdiri, lalu menyerukan iqamat. Para sahabat
beratur di belakang Rasulullah s.a.w, menunaikan perintah Allah s.w.t
bersama-sama baginda. Inilah ketenangan dan nikmat yang tidak terkira buat para
sahabat.
Ketika Rasulullah membaca surah pada rakaat pertama, para
sahabat mendengar alunan suara baginda menggeletar perlahan. Dan setiap kali
Rasulullah menggerakkan tubuh untuk rukuk dan sujud, terdengar bunyi
seakan-akan pergeseran sendi. Adakah baginda sakit?
Selepas salam dan doa, Saidina Umar mewakili para sahabat
lalu bertanya, “Engkau sakitkah, ya Rasulullah?”
Baginda lalu menggeleng lembut lalu berkata, “Tidak, ya
Umar. Alhamdulillah aku sihat dan segar.”
“Pasti engkau sakit ya Rasulullah.” Ungkap Saidina Umar
untuk memastikan.
Baginda melemparkan senyuman ceria. Tetapi wajah baginda
nampak sedikit pucat.
“Ya Rasulullah…Kenapa setiap kali engkau menggerakkan tubuh,
kami dengar bunyi sendi-sendi bergesel di tubuhmu. Kami yakin engkau sedang
sakit….” Desak Umar penuh kebimbangan.
Akhirnya Rasulullah s.a.w mengangkat jubahnya.
Para sahabat terkejut. Perut Rasulullah yang kempis, kelihatan terlilit sehelai
kain yang berisi batu kelikir, untuk menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah
yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh Rasulullah
Saidina Umar berucap dengan wajah sedih, “Ya Rasulullah!
Adakah apabila Rasulullah mengatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak
akan mendapatkannya untukmu?”
Saidina Umar menangis. Para sahabat yang lain turut sedih
dan pilu.
Rasulullah s.a.w tersenyum memandang sahabat-sahabatnya. Dia
tahu betapa kasihnya mereka terhadapnya. Hatta nyawa sanggup mereka korbankan
untuk Rasulullah s.a.w. Rasulullah menjawab dengan lembut, “Tidak para
sahabatku, aku tahu apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah
yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin
menjadi bebanan kepada umatnya pula? Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah
buatku, agar umatku kelak tiada yang kelaparan di dunia ini. Lebih-lebih lagi
tiada yang kelaparan di akhirat kelak.”
Pagi itu para sahabat keluar dari masjid dengan
wajah tertunduk. Ingatan terhadap pergorbanan nabi mereka yang tercinta kepada
umatnya, masih kukuh terpahat di hati masing-masing, membuat cinta dan kasih
mereka makin subur pada baginda
KINI MIHRAB ITU LENGANG
Subuh itu, ketika Bilal mengumandangkan azan, Nabi s.a.w
belum juga sampai di masjid. Selalunya baginda datang lebih awal daripada para
sahabat.
Selepas azan, Bilal bergegas mendatangi rumah Rasulullah
s.a.w. Dari luar Bilal berseru “Assalamualaikum, ya Rasulullah.”
Tidak terdengar jawapan. Bilal masih menunggu. Tiba-tiba
keluar puteri Rasulullah, Fatimah rha. Dengan wajah sedih Fatimah menyahut,
“Waalaikumussalam., ya Bilal. Rasulullah sedang sakit tenat.”
Bilal kembali ke masjid dengan penuh tanda
Tanya. Para sahabat yang lain telah menunggu kedatangan Rasulullah s.a.w.
Baginda masih belum sampai, sedangkan waktu subuh sudah lama masuk. Bilal
segera
menuju semula ke rumah Rasulullah s.a.w dan sekali lagi
memberi salam. “Assalamualaikum, ya Rasulullah. Subuh semakin tinggi ya
Rasulullah!”
Nabi menyedari kedatangan Bilal. Dengan suara berat, baginda
menjawab salam lalu berkata, “Ya muazinna Rasul. Suruhlah Abu Bakar mengimami
sembahyang Subuh. Aku masih terasa demam dan tidak kuat untuk berdiri,
sahabatku.”
Bilal tersentak. Dengan perasaan cemas, ia melangkah longlai
ke masjid. Disampaikan pesanan baginda kepada Abu Bakar agar memimpin
sembahyang berjemaah.
Bergetar hati Saidina Abu Bakar menerima pesanan tersebut.
Ia sangat memahami makna yang tersirat di sebalik itu. Tidak mungkin Rasulullah
s.a.w menugaskan orang lain menjadi imam jika baginda hanya sakit biasa. Ketika
melangkah menuju mihrab, dada Saidina Abu Bakar merasa sebak dan berat,
dipenuhi perasaan cemas. Saidina Abu Bakar tidak kuasa menahan kepedihan
hatinya. Terkenang olehnya ketika Rasulullah berdiri di hujung mihrab. Tubuh
baginda yang tegap dengan wajah yang teguh melafazkan ayat demi ayat dengan
fasih. Seakan gemanya membahana ke segenap pelosok menembusi hamparan gunug dan
gurun.
Kini, mihrab itu lengang. Yang tersisa hanyalah kenangan di
mana kelmarin Rasulullah yang masih memimpin mereka, menggapai mereka dalam
ibadah yang khusyuk. Tetapi ketika itu, subuh itu, Rasulullah s.a.w sedang
berbaring di tempat tidurnya menghadapi kesakitan yang semakin payah dan sukar.
Saidina Abu Bakar menguatkan hati dan mula mengangkat
takbir. Lantas beliau membaca Al-Fatihah dengan suara yang amat berat. Seolah
sembahyang subuh terasa murung dan kehilangan.
Para sahabat seakan tidak punya tenaga untuk keluar dari
masjid, sekalipun sembahyang subuh telah berakhir dari tadi. Mereka berkumpul
tanpa saling berkata, menunggu berita dari rumah Rasulullah s.a.w.
Tiba-tiba, datang seseorang berlari-lari dengan
nafas termengah-mengah. Lalu berseru memanggil Saidina Ali dan Saidina Fadlal
bin Abbas. Mereka berdua meminta menemui Nabi s,a,w dengan segera. Para sahabat
yang lain memandang mereka berdua tanpa berkelip. Dengan berdebar-debar, mereka
menatap langkah Saidina Ali dan Fadlal menuju rumah Rasulullah s.a.w. Ada apa??
Setelah menunggu beberapa saat perasaan para sahabat sedikit
lega. Mereka melihat Rasulullah s.a.w berjalan perlahan sambil dipapah oleh
Saidina Ali dan Fadhal. Kaki baginda seakan tidak kuat ketika menaiki tangga
masjid.
Baginda kemudiannya solat sunat dua rakaat. Solat yang
teringkas pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda kemudiannya menuju
mimbar. Baginda berusaha untuk menaiki sendiri, tetapi kakinya terasa berat
untuk melangkah. Saidina Ali dan Fadhal segera membantu. Kedua-dua tangan Nabi
nampak gementar bila memegang tangga mimbar. Setelah mengambil nafas seketika,
Nabi s.a.w lalu mengucapkan khutbah singkat. Getar suara baginda sayup,
menyelusup di dalam hati para hadirin yang hanyut di tengah kebisuan.
“Wahai sekalian umatku. Kita semua berada dalam kekuasaan
Allah dan cinta kasihNya. Kerana ini bertaqwalah kalian kepadaNya dan taatilah
segala hokum-hakamNya. Ku wariskan dua pusaka ini buat kalian. Jika
kedua-duanya benar-benar dipegang, nescaya kalian tidak akan pernah tersesat
selama-lamanya. Kedua-dua pusaka tersebut ialah Al-Quran dan As-Sunnah.
Barangsiapa yang mencintai sunnahku beerti mencintaiku. Dan barangsiapa yang
mencintaiku, kelak dia akan bersama-sama denganku di dalam syurga.”
Setelah itu, Nabi s.a.w mengakhiri khutbahnya dengan
memandang para sahabat satu demi satu. Tatapan mata baginda begitu dalam dan
menembus. Dan ketika turun dari mimbar, hamper sahaja baginda terjatuh. Namun
Saidina Ali dan Fadhal dengan pantas memegang Rasulullah s.a.w lalu dipapah
kembali ke menuju ke rumah baginda. Sejak itu Nabi tidak pernah keluar rumah
lagi...
DIALAH MALAIKAT MAUT
Keadaan Nabi ketika itu semakin memilukan.
Keringat dingin membasahi tubuh baginda yang tergolek payah di atas ‘katil’
pelepah kurma. Kepala Baginda tidak berbantal, hanya beralaskan rambut yang
tebal dan berombak. Tidak ada perabot rumah yang berharga sebagaimana layaknya
seorang ketua negara. Rumah baginda nampak lengang dan tenang...
“Assalamualaikum Ya Ahla Baitin Nubuwwah. Salam sejahtera
bagi para penghuni rumah kenabian.” Suasana sepi yang menyelubungi dikejutkan
oleh salam seseorang. Siti Fatimah, puteri Nabi s.a.w bergegas menghampiri
pintu. Dari celah pintu, ia melihat seorang ‘Arabi yang berpakaian serba putih
dengan keharuman yang semerbak berdiri di hadapan rumah baginda. Perasaan gerun
tiba-tiba menyelinap di kalbunya.
Selepas menjawab salam, Siti Fatimah lalu berkata “Maaf,
wahai tuan. Rasulullah s.a.w sedang ditimpa demam yang berat.”
Lalu Siti Fatimah masuk kembali ke bilik Nabi. Namun ‘Arabi
itu masih tidak berganjak dan kembali memberi salam sambil bertanya “Bolehkah
saya masuk?”
Nabi s.a.w tiba-tiba membuka mata, lalu bertanya “Siapakah
gerangan yang berada di hadapan pintu itu wahai anakku?”
Siti Fatimah seakan berat hendak menjawab apabila
menyaksikan keadaan ayahandanya.
“Saya tidak mengenalinya, ayah. Rasanya baru sekali ini berkunjung
ke mari. Dia seorang ‘Arabi berwajah sopan dan berpakaian bersih. Dia
memanggil-manggil sejak tadi dan memohon izin untuk menemuimu ayah.” Jawab Siti
Fatimah.
Bagaikan seorang yang terkejut melihat cahaya suria yang
terang, baginda tiba-tiba memandang kea rah puteri kesayangannya dengan
pandangan yang menelusuk jauh sekali. Hati Fatimah bergetar dan sekujur
tubuhnya gementar melihat pandangan ayahandanya.
“Tahukah engkau siapakah gerangan ‘Arabi itu wahai
puteriku?” Tanya Nabi s.a.w dengan perlahan.
Siti Fatimah menggeleng.
Nabi s.a.w. menjelaskan, Dialah yang menghapuskan kenikmatan
yang sementara. Dialah yang mengutuskan [tak tahu ni betul tak ejaan krn sy
rasa memutuskan] syahwat. Dialah yang memisahkan kasih daripada orang yang
menyayanginya. Dialah malaikat maut.”
Siti Fatimah benar-benar terkejut. Wajahnya yang putih
bersih, semakin memutih. Dia merintih sambil berkata “ Jadi…….mulai hari ini
saya tidak dapat mendengar suara sejukmu dan tidak lagi akan dapat menikmati
kejernihan wajahmu ayah?”
Rasulullah s.a.w berusaha menahan rasa dukanya. Lalu berkata
dengan suara terputus-putus, “Usah menangis anakku. Aku berjanji, engkaulah
orang yang mula-mula mengikutku nanti.”
Puteri kesayangan baginda itu tidak mahu berkata-kata. Namun
hembusan bau syurga mampu mententeramkan kesedihannya. Setelah melihat kelegaan
mengubat keresahan di wajah puterinya, Rasulullah mempersilakan ‘Arabi tersebut
masuk.
“Selamat datang,: ucap Nabi s.a.w menyambut ketibaan
tetamunya dari pembaringan. Dengan nada yang lembut dan perlahan, Nabi s.a.w
bertanya “apakah tujuan kedatanganmu ke sini?”
‘Arabi itu menjawab denga
tenang. “Maksud utama saya adalah untuk menziarahi tuan.” Kemudian dia
terdiam sebentar lalu kembali berbicara. “Di samping itu, saya juga diperintahkan
membawa nyawa tuan menghadap ke hadrat ilahi. Itupun jika tuan izinkan.”
Nabi s.a.w lalu tersenyum ramah dan bertanya, “Di manakah
engkau tinggalkan Jibril?”
Malaikat Izrail menjawab, “Dia sedang berada di langit
dunia. Sejumlah malaikat mengiringinya.”
Rasulullah lalu bersabda, “Panggilkan Jibril ke mari.”
Setelah Jibril datang, dia terus duduk di sebelah kepala
baginda Rasulullah s.a.w. Malaikat penghantar wahtu itu dipandang Nabi dengan
lama sekali. Lalu baginda bertanya, “Tidakkah kau tahu ajal yang dijanjikan
telah memanggilku?”
“Saya tahu wahai kekasih Allah. Saya tahu.” Jawab Jibril
perlahan.
“Ketika itu tolong khabarkan bagaimana hakku nanti di
hadapan Azzawajalla?” Tanya Nabi.
Jibril lalu berkata, “Pintu-pintu langit sudah terbuka dan
terhias indah. Para malaikat telah berbaris menunggu kehadiran rohmu. Seluruh
gerbang syurga telah terkuak, tempat bersemayammu nanti.”
Jibril mengharap berita itu akan menggembirakan Rasulullah s.a.w.
Namun ternyata belum. Wajah Nabi masih dipenuhi kecemasan. Nabi s.a.w diam
beberapa ketika. Lalu bertanya “Ceritakanlah padaku, bagaimana nasib umatku di
hari pembalasan?”
Rupa-rupanya itulah yang menjadi kerungsingan
baginda sekalipun kedudukan yang disediakan untuknya di sisi Allah begitu
tinggi. Jibril menyedari apa yang berada di dalam sanubari baginda yang sangat
mencintai umatnya dan keselamatan mereka...
Lalu Jibril menghiburkan baginda, “Jangan cemas wahai
pemimpin para nabi dan rasul. Dengarkan firman Allah yang pernah disampaikanNya
padaku “Ku haramkan syurga dimasuki sesiapa sahaja, umat mana sahaja, kecuali
umat Nabi Muhammad telah berada di dalamnya.””
Seketika wajah Nabi s.a.w kelihatan berseri. Baginda merasa
tenteram untuk meninggalkan umat yang dicintainya. Seakan baginda lupa maut
yang sedang menjemputnya, bila mendengar janji Allah s.w.t buat keselamatan
umat yang dikasihinya.
ALANGKAH SAKITNYA SAKARATULMAUT INI….
Setelah mendengar khabar gembira perihal umatnya di kemudian
hari, baginda tersenyum. Kemudian Rasulullah mempersilakan malaikat Izrail
untuk datang dekat lalu baginda memperkenankan Izrail melakukan tugasnya,
mencabut roh baginda yang suci.
Tiba-tiba bilik yang kecil itu menjadi sepi dan sunyi.
Dedaun dan pokok kurma di luar tingkap seakan menunduk longlai. Unta-unta
menjerum di pasir. Sedang himar dan kuda berhenti buat sementara. Bahkan angin
seperti tidak lagi bertiup. Langit bagaikan tasik tak bergelombang. Tak sekepul
awan pun bergerak dari tempatnya. Seakan seluruh alam menangisi pemergian
baginda, nabi s.a.w penutup yang menjadi rahmat pada sekalian alam.
Izrail pun melaksanakan tugasnya menarik nyawa baginda dari
arah kaki secara perlahan-lahan. Sekalipun Izrail boleh mencabut nyawa
beribu-ribu makhluk dalam sekelip mata, tetapi ketika itu, Izrail menjalankan
tugas hanya untuk menghantar pemergian Rasulullah s.a.w kea lam barzakh.
Ketika nyawa baginda sedang ditarik perlahan-lahan dengan
lemah-lembut, kesakitan mulai dirasakan oleh baginda. Dengan amat payah, baginda
menoleh kearah malaikat Jibril, dan berkata dengan perlahan, “Ya Jibril! Ma
asyadda marital maut (alangkah sakitnya sakaratul maut ini)”
Malaikat Jibril memaling muka, tidak sampai hati menyaksikan
kepayahan yang dihadapi oleh baginda.
Keadaan itu menyebabkan nabi bertambah bimbang “Wahai
Jibril, apakah engkau tidak suka memandang wajahku?”
Malaikat pembawa wahyu itu cepat-cepat menjawab, “Tidak
wahai junjungan. Tiada siapa yang akan sampai hati menyaksikan kekasih Allah
berada dalam renggutan ajal. Siapakah yang akan mampu menahan perasaan
menyaksikan pemandangan ini. Betapa seorang Rasul terpilih sedang berada dalam
kesakitan.”
Wajah baginda lalu berubah dengan mengukir seulas senyuman.
Seakan kesakitan yang sedang dihadapi tidak dirasainya. Roh baginda yang suci
itu ditarik lagi oleh Izrail. Rasul yang mulia menahan kesakitan bagaikan
tetakan 100 mata pedang.
Seketika kemudian ucapan yang perlahan keluar dari mulut
baginda, “Ya Allah, betapa dahsyatnya sakit sakaratulmaut ini. Kalau beginilah
sakitnya, Ya Allah, timpakanlah seluruh penderitaan maut umatku kepadaku agar
mereka tidak merasa kesakitan ini.”
Saidatina Aisyah yang memangku kepala baginda
terdiam. Siti Fatimah yang tidak mampu terkata-kata terharu dengan ucapan
baginda. Sedangkan Jibril semakin tertunduk. Semuanya dibawa hanyut dengan
keagungan cinta Rasul pilihan umatnya. Dalam kesakitan yang sedang dihadapi,
baginda masih tetap menaburkan syafaat untuk umatnya....